Thursday 3 May 2012

LUMRAH KEHIDUPAN



Hidup ini satu perjalanan yang tidak terduga
Hari ini kita masih bernafas,
Jantung kita masih berdegup,
Tetapi kita tidak tahu mungkin esok kita akan pergi,
Degupan mungkin terhenti,
Waktu itu yang ada cuma gelap,
Dan yang tinggal hanya kenangan.

Hari ini orang yang kita sayang mungkin sedang ketawa,
Sedang memandang kita dengan senyuman penuh cinta,
Mungkin esok masanya tiba, ketawanya hilang,
Senyuman manisnya lenyap buat selamanya.

Betapa hidup manusia ini tidak terduga
Takdir hidup jadi rahsia,
Yang Maha Esa.

Jangan ingat kita muda, ajal kita masih jauh,
Jangan ingat kita pandai jaga diri, kita akan selamat,
Kerana bila tiba waktunya,
Tanpa kita sedar, tanpa kita ketahui,
Ajal datang menjemput,
Kau tua, Kau muda,
Kau tetap akan mati.


Hargai orang sekitar kita,
Sayangi mereka, cintai seadanya,
Cintai Tuhanmu, Nabimu, Agamamu,
Ibubapamu, Keluargamu, Kenalanmu,
Cintailah sebelum terlambat,
Cintai apa yang ada pada dirimu.

KITA TENGGELAM DALAM NAFSU



Nafsu merupakan musuh terbesar manusia yang agak sukar untuk di atasi jika diri seseorang manusia itu tidak mempunyai iman yang kuat dan sering melakukan perkara yang melalaikan sehingga nafsu mula menguasai diri. Manusia sering mengejar harta duniawi seperti kemewahan dan keindahan dunia untuk memuaskan nafsu serakah. Mereka mula meminggirkan akhirat yang kekal dan mula meninggalkan segala perintah dan suruhan-Nya untuk memuaskan nafsu. Hakikatnya, banyak faktor yang menyebabkan kita tenggelam dalam nafsu. Ramai yang tenggelam dalam nafsu  sehingga kezaliman terus berganti  dengan sesuatu yang lebih dahsyat. Selain itu, bisikan hawa nafsu syaitan sering mempengaruhi manusia kea rah keburukan. Akhirnya, anak Adam termakan tipu daya syaitan sehingga ada segelintir manusia yang berpaling dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia harus bijak mengawal nafsu dari terus memakan diri kita yang semakin hari semakin hanyut dalam kehidupan duniawi. Kehidupan ukhrawi juga harus diseimbangkan supaya iman kita semakin teguh dan kita harus memperbanyakkan lagi amalan supaya mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

DAHSYATNYA SAKARATUL MAUT


Dahsyatnya Sakaratul Maut
Setiap makhluk Allah S.W.T yang dijadikan di atas muka bumi ini akan menghadapi kematian. Kematian merupakan satu perkara yang digeruni oleh manusia terutamanya bagi orang islam kerana di saat ajal kita di sambut oleh malaikat sakaratul maut merupakan satu saat yang paling menakutkan. Dalam islam, hanya dua cara kematian itu disambut iaitu bergantung kepada amal dan perbuatan seseorang. Ia dikenali dengan husnul khatimah dan su’ul khatimah. Tiada seorang pun yang dapat mengelak daripada kematian. Sama ada lambat atau cepat, ianya pasti akan tiba. Semuanya telah tercatat dan kematian adalah satu perkara yang tidak boleh ditawar-menawar, disangkal, ataupun ditolak.

Kita sebagai makhluk Allah hanya perlu taat kepada segala perintah dan suruhan-Nya supaya mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Hanya orang yang membawa keimanan yang akan mati dengan mudah. Kesimpulannya, kita harus mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.  

“ILMU ITU di DATANGI dan TIDAK MENDATANGI”


Secara  umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata dan ilmu pengetahuan tidak nyata. Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. Ada pelbagai jenis ilmu antaranya ilmu kejuteraan, ilmu kedoktoran,ilmu sains dan sebagainya di muka bumi ini yang dapat membantu manusia membina kemasyarakatan dan ketamadunan di muka bumi ini.


Ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu jugalah yang membezakan taraf dan darjat seseorang itu. Ilmu membuatkan kita dikenali, disanjungi dan dihargai. Dengan adanya ilmu, kita tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan orang yang ingin memperdaya kita. Di samping itu, dengan adanya ilmu kita tidak akan berasa ketinggalan dan seterusnya dapat memajukan diri sendiri.

Ilmu juga merupakan salah satu aset bagi menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara kita memerlukan golongan yang berilmu ini serta professional bagi menyumbang idea dan pendapat bagi memantapkan Negara ini seiring dengan wawasan 2020 untuk menjadikan Negara MALAYSIA sebagai Negara maju.

Kita seharusnya betapa besarnya kepentingan ilmu pada diri, agama, bangsa, dan Negara.