Thursday 3 May 2012

“ILMU ITU di DATANGI dan TIDAK MENDATANGI”


Secara  umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata dan ilmu pengetahuan tidak nyata. Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. Ada pelbagai jenis ilmu antaranya ilmu kejuteraan, ilmu kedoktoran,ilmu sains dan sebagainya di muka bumi ini yang dapat membantu manusia membina kemasyarakatan dan ketamadunan di muka bumi ini.


Ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu jugalah yang membezakan taraf dan darjat seseorang itu. Ilmu membuatkan kita dikenali, disanjungi dan dihargai. Dengan adanya ilmu, kita tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan orang yang ingin memperdaya kita. Di samping itu, dengan adanya ilmu kita tidak akan berasa ketinggalan dan seterusnya dapat memajukan diri sendiri.

Ilmu juga merupakan salah satu aset bagi menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara kita memerlukan golongan yang berilmu ini serta professional bagi menyumbang idea dan pendapat bagi memantapkan Negara ini seiring dengan wawasan 2020 untuk menjadikan Negara MALAYSIA sebagai Negara maju.

Kita seharusnya betapa besarnya kepentingan ilmu pada diri, agama, bangsa, dan Negara.

No comments:

Post a Comment