Thursday 22 March 2012

Konsep 1 MALAYSIA

 

Dato Sri Najib memperkenalkan Konsep 1 Malaysia. Bagaimana Konsep 1 Malaysia berkait dengan Dasar Luar Malaysia????
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak ketinggalan daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, rakyat perlu bertindak sebagai 1 bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. 

 
Penjelasan YAB Perdana Menteri : " Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di dalam negara kita". 
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah langkah yang bertetapan dengan suasana dan citarasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan  pencapaian yang berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. 

Ini bermakna, dengan adanya Konsep 1 Malaysia kita dapat mempamerkan kepada dunia bahawa masyarakat Malaysia hidup dalam keadaaan yang harmoni dan selamat. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

Konsep 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
 

No comments:

Post a Comment