Saturday 3 March 2012

Universiti @ CampusLife

UNIVERISTI?
Sejak daripada kecil pasti semua orang memasang niat untuk memasuki univeristi. Semua orang pasti akan belajar bersungguh-sungguh untuk ke universiti(termasuklah saya). Apakah univeristi itu sebenarnya? Universiti adalah tempat untuk mencari ilmu, mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam, memperkembangkan atau menambah ilmu yang kita pelajari daripada sekolah dahulu dan satu platform untuk kita untuk menjadi manusia yang berguna, dimana ilmu yang kita dapat itu, akan dapat diaplikasikan di alam pekerjaan pula dan seterusnya untuk kehidupan yang lebih senang dimasa akan datang. Pelbagai bidang dan ilmu yang dapat dipelajari di universiti; seperti dalam bidang sastera dan sains, perniagaan, perubatan, undang-undang dan terdapat banyak lagi bidang yang ditawarkan di universiti. Daripada bidang-bidang ini semua, kita boleh spesifikkan atau belajar bidang yang kita minat. Oleh itu, kita akan betul-betul mahir dalam bidang itu. Hasilnya, lahirlah graduan daripada bidang yang berlainan. 

Jangka masa yang panjang di universiti tidak harus disia-siakan. Kita harus belajar dan dalami ilmu sebanyak yang mungkin. Bak kata pepatah "Ilmu itu Pelita Hidup". Semakin banyak ilmu, semakin tinggi pangkat, maka sifat rendah diri itu perlu ada dalam diri. Sebanyak mana pun ilmu yang kita dapat kita janganlah sombong dan bongkak.

Bagi saya, di universiti inilah tempat saya untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin. Mencari ilmu itu tidaklah semudah yang kita fikirkan, tetapi sebenarnya, mencari ilmu adalah mudah jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapatkannya. Di univeristi ini lah, peluang saya untuk menunjukkan bakat, mendapat ilmu, mengetahui isu-isu yang baru, dapat pengajaran daripada sesuatu perkara dan dapat menambah kawan-kawan. Daripada sinilah bermula kehidupan yang penuh cabaran. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dan kadang-kadang putus asa untuk menghadapinya, tetapi dengan nasihat dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan cabaran itu dapat diatasi. Saya bersyukur kerana diberi peluang memasuki ke universiti dan saya berjanji akan membuatkan ibu bapa saya bangga dengan saya.

No comments:

Post a Comment