Thursday 22 March 2012

Konsep 1 MALAYSIA

 

Dato Sri Najib memperkenalkan Konsep 1 Malaysia. Bagaimana Konsep 1 Malaysia berkait dengan Dasar Luar Malaysia????
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak ketinggalan daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, rakyat perlu bertindak sebagai 1 bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. 

 
Penjelasan YAB Perdana Menteri : " Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di dalam negara kita". 
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah langkah yang bertetapan dengan suasana dan citarasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan  pencapaian yang berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. 

Ini bermakna, dengan adanya Konsep 1 Malaysia kita dapat mempamerkan kepada dunia bahawa masyarakat Malaysia hidup dalam keadaaan yang harmoni dan selamat. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

Konsep 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
 

CINTA

Cinta? Setiap orang ada keinginan untuk bercinta,mencintai dan di cintai. Cinta merupakan perasaan yang terlalu murni yang telah di anugerahkan oleh Allah. Cinta adalah satu perasaan yang bukan sahaja dapat di luahkan dengan perasaan tetapi ia juga boleh di luahkan melalui perbuatan. Cinta juga boleh di kaitkan dengan perasaan kasih sayang. Sekarang perasaan cinta kebanyakkannya hanya di luahkan kepada sesama manusia, sedangkan perkara pertama yang perlu kita cintai adalah pada yang maha Esa iaitu Allah. Cinta kita pada Allah bukan sahaja dengan melafazkan ucapan kalimah syahadah tetapi dengan perbuatan iaitu solat dan menjaga akhlak.
 

Cinta kepada Rasulullah s.a.w...
 

Cinta yang seterusnya ialah kita harus meluahkan kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita. 
 

Bukan tidak boleh untuk mencintai sesama manusia tetapi kebanyakkan kita telah menyeleweng maksud sebenar cinta. Cinta pada zaman sekarang adalah dengan meluahkan perasaan sayang sebelum berkahwin dengan melakukan perbuatan yang tidak elok, membuktikan kasih sayang dengan menyerahkan segala-segalanya.
 

Cinta seharusnya di kiaskan dengan sehelai kain putih dan kita akan mencorakkannya dengan perbuatan yang suci yang jangan sesekali calitkan kain putih itu dengan dakwat hitam.

Sunday 11 March 2012

KAWAN @ SAHABAT


Sekarang kita selalu keliru dengan maksud kawan atau sahabat. Sebenarnya banyak perbezaan antara dua perkataan ini. Kawan terlalu luas dan subjektif maksudnya. Kawan memang mudah untuk di cari dan kadang-kadang dia hadir setiap saat dan kadang-kadang dia tiba-tiba tiada dengan kita. Kita berkongsi hobi kita bersama kawan-kawan, makan bersama, dan berkongsi minat. Akan tetapi mereka hanya berada dengan kita pada masa-masa tertentu sahaja. Kita akan mempunyai ramai kawan sekiranya kita sentiasa senyum dan ramah dengan orang sekeliling. Namun berbeza maksudnya dengan sahabat terlalu banyak perbezaannya dengan kawan. Sahabat ini maksudnya terlalu teristimewa. Sahabat adalah orang yang tidak mempunyai talian darah dengan kita, tetapi dia sentiasa ada dengan kita bila kita memerlukan dan untuk mendapatkan seorang sahabat terlalu susah seperti kita mencari sebutir mutiara di dasar laut. Kita harus menyelam ke dasar laut yang dalam dengan perbagai rintangan untuk mendapatkannya. Walaupun terlalu susah untuk mendapatkan sebutir mutiara namun lebih susah lagi untuk mendapatkan seorang insan yang bergelar SAHABAT. Sahabat ini tidak seperti kawan yang sanggup untuk hidup susah senang bersama. Seorang sahabat sanggup memberi seteguk air kepada sahabatnya walaupun beliau hanya mempunyai seteguk air yang terakhir. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya menanggung dahaga yang teramat. Begitulah erti seorang sahabat sanggup bekorban walaupun dia dalam kesusahan. Sahabat terlalu istimewa ertinya dalam hidup saya. Sahabat yang sanggup susah dan senang bersama itulah insan yang bergelar SAHABAT.
http://azmirahman.esasterawan.net/

Saturday 3 March 2012

Universiti @ CampusLife

UNIVERISTI?
Sejak daripada kecil pasti semua orang memasang niat untuk memasuki univeristi. Semua orang pasti akan belajar bersungguh-sungguh untuk ke universiti(termasuklah saya). Apakah univeristi itu sebenarnya? Universiti adalah tempat untuk mencari ilmu, mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam, memperkembangkan atau menambah ilmu yang kita pelajari daripada sekolah dahulu dan satu platform untuk kita untuk menjadi manusia yang berguna, dimana ilmu yang kita dapat itu, akan dapat diaplikasikan di alam pekerjaan pula dan seterusnya untuk kehidupan yang lebih senang dimasa akan datang. Pelbagai bidang dan ilmu yang dapat dipelajari di universiti; seperti dalam bidang sastera dan sains, perniagaan, perubatan, undang-undang dan terdapat banyak lagi bidang yang ditawarkan di universiti. Daripada bidang-bidang ini semua, kita boleh spesifikkan atau belajar bidang yang kita minat. Oleh itu, kita akan betul-betul mahir dalam bidang itu. Hasilnya, lahirlah graduan daripada bidang yang berlainan. 

Jangka masa yang panjang di universiti tidak harus disia-siakan. Kita harus belajar dan dalami ilmu sebanyak yang mungkin. Bak kata pepatah "Ilmu itu Pelita Hidup". Semakin banyak ilmu, semakin tinggi pangkat, maka sifat rendah diri itu perlu ada dalam diri. Sebanyak mana pun ilmu yang kita dapat kita janganlah sombong dan bongkak.

Bagi saya, di universiti inilah tempat saya untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin. Mencari ilmu itu tidaklah semudah yang kita fikirkan, tetapi sebenarnya, mencari ilmu adalah mudah jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapatkannya. Di univeristi ini lah, peluang saya untuk menunjukkan bakat, mendapat ilmu, mengetahui isu-isu yang baru, dapat pengajaran daripada sesuatu perkara dan dapat menambah kawan-kawan. Daripada sinilah bermula kehidupan yang penuh cabaran. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dan kadang-kadang putus asa untuk menghadapinya, tetapi dengan nasihat dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan cabaran itu dapat diatasi. Saya bersyukur kerana diberi peluang memasuki ke universiti dan saya berjanji akan membuatkan ibu bapa saya bangga dengan saya.